Pengenalan kepada Skype dan Teamviewer
13 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 12 November yang lalu, pihak PI Batang Maro telah mengadakan kelas pengenalan kepada Skype dan Teamviewer. Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan dan memberi pendedahan awal kepada golongan kanak-kanak akan kegunaan utama Skype dan Teamviewer. Skype adalah salah satu medium komunikasi yang sering digunakan oleh generasi masa kini untuk saling berhubung dengan orang tersayang.
Manakala, Teamviewer pula selalu digunakan oleh orang yang mempunyai urusan mengenai komputer ataupun penghantaran dokumen yang besar yang tidak dapat dihantar melalui Email. Selain itu, para peserta juga dimaklumkan akan perbezaan antara kedua-dua applikasi ini bagi memudahkan mereka menggunakannya pada kemudian hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: